Sunday, 27 October 2013

Ringkasan Road To OBW 2013

Assalamualaikum,

Pertama sekali, Class Of 2010 mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli ahlinya yang sanggup turut serta dalam jelajah Minggu Bekas Pelajar pada tahun ini. Terima kasih juga kepada AJK yang bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran perjalanan kita tahun ini.

Di sini, gua nak tekankan satu perkara. Gua harap sangat untuk event event selepas ini, yang paling gua mohon sekali respon dari kalian. Cukup sekadar YA atau TIDAK, InsyaAllah kerja gua akan jadi lebih mudah. Ya, kalian mungkin tak suruh gua buat semua ini, tapi untuk event event yang sebelum ini hingga ke sekarang, gua dah buat sehabis baik yang gua mampu. Alhamdulillah, gua bersyukur sangat dikurniakan insan insan seperti kalian. Dan InsyaAllah, selagi gua hidup, gua di belakang kalian.

Dan untuk tiga hari kita bertapak di OBW ini, Alhamdulillah perjalanan kita dipermudahkan oleh-Nya. Walaupun ada sedikit salah faham, atau tak keterlaluan dikatakan ' tidak sekepala ' dalam membuat persetujuan, akhirnya kalian berjaya habiskan tiga hari ini dengan jayanya.

Apa yang gua harapkan di sini, ke-tidak-sekepala tu kita buang jauh jauh. Tak guna lima tahun yang kita bina habis dengan cara sebegitu. Setiap masalah ada solusi, mungkin kalau bukan dengan gua, rakan Class Of 2010 yang lain ada di sisi untuk saling berkongsi cerita, paling penting mohon solusi dari Nya.

Sekian sahaja dari gua,

" Dua meja yang kita atur selama ini, jangan sampai ada bahagian tengah yang memisahkan "

Adios,
Organizer

1 comment: