Showing posts with label PESANAN KETUA BADAR. Show all posts
Showing posts with label PESANAN KETUA BADAR. Show all posts

Friday, 21 June 2013

TAZKIRAH JUMAAT : MARAH

" Sabar brader , sabar !! Apasal marah marah tak tentu pasal ni ? Bertenang ! Ketahuilah ! Sesungguhnya sabar itu adalah separuh daripada iman " .

Marah . Satu betuk emosi yang terjadi apabila seseorang itu tidak dapat mengawal perasaan tidak puas hati di dalam hati mereka . Apabila marah , darah panas yang mengalir di dalam tubuh akan mudah diresapi syaitan .

Setiap manusia meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai reaksi berbeza . Semuanya bergantung kepada bagaimana kekuatan akal mengawal minda . Perasaan marah ini pula ada bagus dan tidak bagusnya . Ia adalah satu bentuk ekspresi yang kuat untuk membantah perlakuan yang kita tidak suka . Tapi , perlu cara yang bijak untuk mengawalnya .

Ada yang marah dengan cara merajuk .

Ada yang bila marah , suka duduk bersendirian , tak suka diganggu .

Ada yang menangis kuat kuat bila marah .

Ada yang berleter panjang bila marah .

Ada yang lepaskan marah dengan tumbuk dinding .

Ada yang lepaskan marah dengan tumbuk muka orang .

Ada yang bila kena marah , begitu bijak memendamkan perasaan , tapi melepaskan perasaan itu pada pihak yang tak bersalah .

Ada pulak yang selalu suka marah marah , tapi mampu mengawal perasaaan , sebab dia pun selalu kena marah .

" marah marah sambil nyanyi lagu Hindustan , hebat couple ni " .

Cuba belajar kuatkan minda , belajar mengawal marah dengan senyuman . Membalas kutukan dengan gurauan . Bertoleransi pada kebodohan dengan kebijaksanaan . Menerima hinaan dengan tak payah layan . Tapi , kalau kena tumbuk tak tentu pasal , mana lebih baik ? Sama sama bertumbuk masuk hospital atau sorang pergi saman hingga dapat duit juta jutaan .

********************************************************************

Bila perasaan marah menguasai diri , darah jadi panas , syaitan mudah meresap dalam badan . Bila syaitan sudah mengawal pemikiran , satu satunya jalan yang dia ingin bawa ialah ke arah kemusnahan . Oleh itu perbanyakkan istighfar dan berwuduk  Insyaallah , syaitan akan pergi " . 







Assalamualaikum, Salam Jumaat

Friday, 14 June 2013

TAZKIRAH JUMAAT : KETAM ITU JALANNYA KETEPI

Tiap tiap hari bila baca surat khabar mesti ada beribu ribu kisah salah laku manusia.Bila terjadinya satu kesilapan,pasti ada yang menjadi mangsanya.Tapi yang pelik,masih ada yang rasa bangga melakukan kesilapan.Ah,tak keterlaluan kalau dikatakan bodoh.


Ada yang menjadikan kesilapan dan kebodohan itu sebagai cara hidup,hidup yang bagaimana kita pun kurang pasti.Tuan punya jiwa sendiri yang mengerti.


Ada yang maki hamun marah marah kesilapan orang tapi tak sedar caranya juga salah,ibu ketam selalu marah anaknya,tapi ibunya pun juga senget bagaimana nak lurus anaknya.


Ada yang menyuarakan bantahan atas kesilapan dengan memprotes,tak kurang juga ada yang tak ambil kisah dan langsung tak mahu ambil tahu,pening.


Dunia ini penuh dengan pelbagai ragam manusia.Dijadikan konsep betul dan salah sebagai garis panduan untuk kita menjalani kehidupan.Setiap agama ada hukumnya.Setiap negara ada undang undangnya.Setiap bangsa ada adatnya.Setiap perbuatan ada pahala,ada dosa,ada syurga dan tak lupa neraka.

" Tapi kenapa masih ramai yang suka memilih cara yang salah ? adakah lebih mencabar ? atau boleh memberikan lebih nikmat hidup ini ? "


Bukan nak ceramah panjang lebar,kita semua pun ada buat salah.Tiada yang sempurna,itulah kehidupan.


Persoalannya:


Bagaimana seseorang pemimpin yang salah mahu memimpin rakyat supaya jadi betul?


Bagaimana seorang yang selalu gagal mahu mengajar anak jadi pandai?


Bagaimana ketua yang malas mahu anak anak buahnya sentiasa rajin?


Dan yang paling penting,bagaimana kita mahu mengubah manusia sekeliling kita kalau kita sendiri pun tak betul?



*ketam oh ketam,macam mana lah kau nak ajar anak kau jalan lurus,kau pun senget,baik masak lemak cili api.

Sunday, 9 June 2013

PESANAN KETUA BADAR : CHERITERA KEHIDUPAN

Setiap hari kita bermula sebagai makhluk yang bersih dan suci serta tinggi tarafnya dari makhluk-makhluk lain Tuhan. Walau ada yang dilahirkan dari golongan yang sesatSETIAP PENGALAMAN AKAN MEMBENTUK PERIBADI KITA. Persekitaran akan membentuk pemikiran kita. Sama ada menjadi baik atau sebaliknya.

" macam macam jenis manusia kat dunia ni, susah nak faham ".

Tiada siapa yang akan faham
itulah KEHIDUPAN
tiada yang akan sempurna#

Semakin hari semakin bersepah persoalan yang ada kat minda semua orang . 

"Kenapa ada orang suka merampas hak orang lain ?"
"Kenapa ada orang sanggup membunuh, menyiksa dan menghina ?"
"Kenapa ada orang sanggup menggadai maruah diri ?"

NO MONEY , NO LOVE

"Kenapa ada orang yang sanggup meng'TONG SAMPAH'kan zuriat sendiri ?"

Kalau nak cerita semua kisah manusia jahat, memang tak cukup satu buku. Kita pun bukan baik sangat nak cerita keburukan orang. Tapi persoalannya, apakah yang menyebabkan mereka menjadi begitu ?

" macam macam cerita dalam paper,
nak baca pun tak sanggup "

Adakah kerana kurangnya pendidikan sewaktu kecil ? "

" nak sekolah tapi ayah takde duit "

"Atau kurangnya perhatian daripada ibubapa yang sentiasa sibuk ?"

" dengar cerita mummy dan deddy you pergi oversea erk ? "
" ajak lah kitorang teman you tidur kat rumah "

" Adakah kerana pengaruh negatif yang begitu mudah di era teknologi makluamat ? "

" Atau desakan hidup kerana faktor kemiskinan ? "

"Adakah kerana terperangkap dengan kehidupan yang tiada simpati ?"

" Atau memang dah jadi pengikut SYAITAN dari dulu lagi ? "

Kadang kadang ada manusia yang melakukan sesuatu dengan niat yang baik dan ikhlas , tetapi oleh kerana tersilap langkah , terpedaya dengan bisikan SYAITAN , akhirnya terjerumus .

JAUHI KORUPSI , OPPPSSS 

Memang kadang-kadang akal menjadi lemah apabila nafsu mula berkuasa .



Ustaz Tanusi : selalulah berdoa , minta sentiasa dilindungi oleh-Nya .