Monday, 26 August 2013

LAPORAN JELAJAH RAYA UTARA SELATAN CLASSOF2010

#JelajahRayaUtaraSelatanClassOf2010 2013

Hari Raya Ketiga, Sabtu, 10 Ogos 2013

-Shuh,Din Os,Kacang & Faiz sampai kat teratak gua
-Dan seperti biasa, adat gua. Syarat sah untuk gathering #ClassOf2010 adalah ‘cukup empat orang ’. Maka dengan ini gua isytiharkan #JelajahRayaUtaraSelatanClassOf2010
-Jam 4 petang kami berangkat ke Teratak Wandin di Kampung Bahagia,Teluk Intan.
-Dan setelah melalui fasa perbincangan, kami mengambil keputusan untuk berangkat ke Ipoh pada esok hari.
-Maka, tanpa sebarang persiapan awal, Wandin ikut gua pulang ke rumah untuk bermalam di rumah gua.
-Jam 9 malam, kami singgah sebentar di Teratak Paman, lepak tengok bola dan paman dah berubah jadi King Malrboro sekarang. Kah kah
-Jam 1 pagi, Wandin dan gua sampai semula di rumah, manakala yang lain terus menuju ke Tanjung Karang .
-TIDUR


Hari Raya Keempat, Ahad, 11 Ogos 2013

-Gua dan Wandin keluar dari rumah seawal jam 9 pagi
-Sampai di Teratak Shuh lebih kurang setengah jam kemudian
-Tepat jam 2 petang, kami mula bergerak masuk ke lebuhraya PLUS dan menuju ke Ipoh.
-Touchdown checkpoint pertama, Teratak Sadin pada jam 5 petang.
-Sesi menjamu makanan, busking raya dan akhirnya Ahpeng sampai !
-Sesi bergosip dan makan second round
-Berangkat dari Teratak Sadin dan menuju ke almamater tercinta, STAR
-Sempat merakam beberapa keping gambar di lokasi yang dulunya menjadi tempat permainan kami
-Dan tepat jam 9.30 malam, akhirnya kami tiba di checkpoint seterusnya, Teratak Adib di Simpang Pulai
-Sesi menjamu selera
-Dan akhirnya, kami mengambil keputusan untuk ber-dota sebentar di Infinity, lokasi di mana Camad berkampung dahulu.
-Sesi lepak di Nashmir dan ronda ronda sekitar Ipoh
-Dan tiba masa untuk berangkat pulang dari Ipoh, memandangkan masa menghampiri jam 4 pagi.
-Jam 5.30 pagi, akhirnya touchdown di Teluk Intan untuk menghantar  Wandin, joki rasmi #JelajahRayaUtaraSelatan.
-Mata mula layu, pekena M7 pun dah tak guna, gua dan Shuh bercadang untuk berehat sebentar di Stesen Minyak Teluk Intan. Bugima sedar sedar dah pukul 9 pagi.
-Teruskan perjalanan untuk menghantar joki rasmi kedua, Shuh di Tanjung Karang dan gua berangkat pulang semula ke Sungai Besar dengan niat untuk berehat sebentar.


Hari Raya Kelima, Isnin, 12 Ogos 2013

-Belum pun puas gua landing, dan belum sempat melelapkan mata, Bear sampai dari Rawang. Kah kah sampai jugak akhirnya. Penat gua tunggu. Kali ini Bear sampai dengan Shuh.
-Dan bertambah seorang lagi #ClassOf2010 untuk sesi beraya di rumah gua petang ini, Paman King Marlboro
-Akhirnya kami ambil keputusan untuk duduk lepak di mapley sekitar kawasan Sungai Besar.
-Jam 6 petang, semua beransur pulang ke rumah masing masing dan tanpa sebarang perancangan gua servis kereta gua dan dengan ini secara rasminya #JelajahRayaUtaraSelatan bermula !
-Jam 10 malam, gua berangkat  dari kampong gua dan terus menuju ke Tanjung Karang untuk berjumpa dengan Shuh, maklumlah esok beliau akan berangkat pulang ke Bintulu, Serawak. Kiranya macam sesi penghargaan sebagai joki rasmi jelajah raya ke Ipoh kelmarin. Kah kah
-Jam 12.30 pagi, gua terus menuju ke Teluk Intan. Joki rasmi , bersedia !
-Namun disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, akhirnya gua sampai di Teluk Intan pada jam 2,30 pagi . Target gua dah lari. Cilakak punya roadblock !
-Sesi panaskan badan di mapley berdekatan .
-Dan akhirnya, kami mula bergerak menuju ke Selatan pada jam 4.30 pagi .


Hari Raya Keenam, Selasa, 13 ogos 2013

-Jam 6 pagi, gua dan Wandin ambil keputusan untuk berehat sebentar di R&R Rawang
-Jam 8 pagi, kami singgah sebentar untuk bersarapan di Setiawangsa
-Perjalanan diteruskan ke Semenyih bagi sesi melawat Oye
-Jam 1 tengahari, kami selamat sampai di Teratak Oye, namun kelibat Oye tidak kelihatan
-Kah kah belum jumpa matahari rupanya Oye, masih berdengkur 
-Setelah dipaksa oleh Utik, tanpa sebarang perancangan awal, akhirnya Oye mengaku kalah. Thanks banyak Oye ! Dan joki rasmi ketiga telah gua jumpa !
-#JelajahRayaUtaraSelatan bermula !
-Jam 2.30 petang, kami keluar dari Tol Nilai menuju ke arah Selatan .
-Minyak penuh, dan tanpa sebarang masalah, Alhamdulillah kami touchdown di Seri Medan, Batu Pahat tepat jam 4.30 petang !
-Dan akhirnya, Utik dating menjemput kami di pintu masuk Seri Medan batu Pahat !
-Kami bergerak ke Teratak Utik, sesi beramah mesra bersama keluarga Utik dan warga Seri Medan. LOOK AROUND kata Oye !
-Jam 8 malam, Ciken sampai di Teratak Utik bersama jentera kesayangannya kah kah
- Setelah melelapkan mata tidak sampai sejam, kami berangkat menuju sekitar Bandar Batu Pahat bagi sesi makan malam
-Jam 1 pagi, Ciken berangkat pulang ke Rengit dan kami meneruskan rondaan kami di sekitar kawasan Batu Pahat
-Singgah di Dataran Penggaram Batu Pahat , Main jongkang jongkit di Taman Tasik Y dan mata mula layu.
-Jam 4 pagi, sesi melelapkan mata untuk perjalanan hari esok.


Hari Raya Ketujuh, Rabu, 14 Ogos 2013

-Terlajak tidur sudah !
-Jam 4 petang kami ambil keputusan untuk cuci mata di sekitar Mall yang ada di sini
-Akhirnya, kami ambil keputusan untuk menonton The Conjuring di pawagam berhampiran
-Sesi minum petang di Rengit Coffee
-6.30 petang, tayangan The Conjuring bermula !
-Jam 9 malam, nampaknya masih belum puas bergembira. Kami menuju ke tempat karaoke untuk mengasah bakat yang terpendam HAHA
-Jam 1 pagi, kami kembali semula ke Seri Medan untuk sesi makan malam .
-Dan setelah dipaksa oleh kami, akhirnya Utik rela menjadi joki kami, dan kami akan ke Johor Bharu !
- Tepat jam 2 pagi, kami selamat touchdown di pesisir Pantai Stulang Laut dan melihat keindahan Kota Singa sambil sapkok sebatang dua .
-Selesai ronda ronda kawasan pesisir Pantai Stulang Laut, kami berangkat pulang semula ke Batu Pahat dan kali ini gua sendiri akan jadi joki, memandangkan semuanya hampir lena diulit bayu pantai.
-Jam 5 pagi, kami sampai semula di Teratak Utik, dan sesi berdengkur bermula ! Kah kah !
-Perjalanan bersambung esok hari !


Hari Raya Kelapan, Khamis, 15 Ogos 2013

-Jam 2.30 petang, baru nampak matahari HAHA
-Sesi makan tengahari yang terakhir di Teratak Utik
-Tepat jam 3 petang, #JelajahRayaUtaraSelatan bergerak meninggalkan Seri Medan. Terima kasih Utik & keluarga, terima kasih Batu Pahat, Terima kasih Johor, dan Alhamdulillah impian kami untuk sampai ke Johor akhirnya menjadi kenyataan. Walau pada awalnya hanya rumors di Twitter, dan ya beginilah kesudahannya. Semangat setiasa kawan yang ada pada kami tak akan pernah luntur walau apa pun yang jadi !
-Bergerak menuju ke checkpoint seterusnya, Lendu, Melaka.
-Jam 4,30 petang, kami selamat sampai di hadapan Uitm Lendu, Melaka
-Gua sebagai co-pilot menjalankan tugas menghubungi rakyat rakyat yang ada di Melaka.
-Akhirnya jelajah touchdown sebentar di rumah Musa yang berhampiran dengan pagar Uitm Lendu.
-Sesi minum petang, thanks Musa bagi dana kat kami ! Jasamu akan dikenang !
-Sementara menunggu Mamak dan Cendol, kami ambil keputusan untuk ronda ronda di sekitar pantai berhampiran, Tanjung Bidara !
-Selesai sesi bergambar di Tanjung Bidara, kami berangkat semula ke Lendu untuk berjumpa Mamak dan Cendol.
-Jam 8 malam, akhirnya Mamak tiba bersama jenteranya, dan sejam kemudian Cendol pun tiba bersama jenteranya. Gua syak #DarkDarkSelatan buat kroni Yamaha LC ah . KAH KAH .
-Sesi makan malam dan bergelak ketawa berlangsung dengan jayanya .
-Jam 9.45 malam, kami ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan, satu perjalanan yang sangat mencabar joki joki #JelajahRayaUtaraSelatan. Kami akan ke Uitm Kuala Pilah dan akan menyusuri jalan Bukit Putus untuk ke sana. Shitzz
-Btw, thanks Mamak & Cendol untuk dana perjalanan ini. HAHA
-Masa semakin suntuk, gate Uitm pukul 11 dah tutup, namun berbekalkan semangat setiakawan, kami gagahkan juga.
-Dan akhirnya, tepat jam 11.15 malam, berbekalkan sedikit tipu sunat, kami berjaya melangkah masuk ke dalam kawasan Uitm Kuala Pilah untuk berjumpa saudara admin group Starian 060, Syazwan Mazni !
-Maaf Wani, masa mencemburui jelajah ini. Walau sekejap benar tempoh perjumpaan kali ini, namun ianya sangat bermakna. 3 tahun tak jumpa siaaaa !
-Jam 11.45 malam, jelajah diteruskan ke arah Nilai, dan kali ini juga joki terpaksa mengharungi perjalanan di Bukit Putus dari Melaka ke destinasi seterusnya ! Maaf Oye ! HAHA
-Jam 2.30 pagi, kami selamat sampai di Teratak Azrul di Bandar Baru Nilai. Dan kami ambil keputusan untuk bermalam di sini, memandangkan telah lewat malam dan kondisi masing masing yang keletihan akibat perjalanan jauh tadi.


Hari Raya Kesembilan, Jumaat, 16 Ogos 2013

-Selesai Solat Jumaat
-Jam 4.00 petang, sesi makan tengahari di mapley berhampiran Teratak Katum
-Jam 6 petang, kami mula bergerak ke destinasi seterusnya, Seremban Tunnel untuk berjumpa dengan @akuskizo, seorang pelopor #zineskizo di Malaysia .
-Jam 7.15 malam, akhirnya kami berjumpa dengan saudara @akuskizo yang sedang khusyuk meng-gamkasut-kan naskah #Sick dan #Tu7uh. Hasil dari minta gua terhadap zine zine ini, akhirnya dua naskah zineskizo beserta sehelai tee percuma ada di dalam tangan gua ! Tahniah kepada diri gua !
-Perjalanan diteruskan ke Semenyih .
-Jam 8.30 malam, kami sampai di Teratak Oye. Thanks Oye sanggup jadi joki rasmi #JelajahRayaUtaraSelatan kali ini. Jasamu akan dikenang sampai bila bila !
-Tepat jam 10.30 malam, kami singgah sebentar berjumpa Bear di Country Homes, Rawang .
-Sesi lepak supper di mapley berhampiran
-Jam 2 pagi, gua dan Wandin meneruskan perjalanan pulang ke Teluk Intan, dan akhirnya jam 5.30 pagi, kami selamat touchdown di Kampung Bahagia, Teluk Intan. Gua ambil keputusan berehat sebentar di Teratak Wandin.
-Thanks Wandin yang sanggup turut serta dalam jelajah raya ini, bermula dari taya ketiga hingga hari ini, raya kesembilan. Jasamu akan dikenang sampai bila bila !


 Hari Raya Kesepuluh, Sabtu, 17 Ogos 2013

-Gua ingat mau tamatkan jelajah pada hari ini, tiba tiba gua dapat satu panggilan dari Lan
-Jam 2 petang, gua sampai Teratak Lan yang berhampiran dengan Teratak Wandin.
-Dan kami ambil keputusan untuk bergerak ke Seri Iskandar
-#JelajahRayaUtaraSelatan diteruskan !
-Jam 5 petang, gua dan Lan sampai di UTP
-Sesi lepak ketawa di Vanggey Seri Iskandar bersama Apan
-Dan akhirnya panggilan telefon gua dijawab oleh Teber
-Kami meneruskan perjalanan ke Uitm Seri Iskandar untuk mengambil Teber
-Perjalanan di diteruskan ke Pengkalan !
-Jam 7.45 malam, kami selamat sampai di Teratak Megat Ayam ! Adee Komeee !
-Jam 8.30 malam, selesai sesi gelak sakan di Teratak Megat, kami berangkat pulang semula ke Seri Iskandar untuk menghantar Apan dan Teber
-Tepat jam 10,30 malam, kami selamat sampai di Teluk Intan semula.
-Gua ambil keputusan untuk bermalam di Teratak Lan


Hari Raya Kesebelas, Ahad, 18 Ogos 2013

-Selesai makan tengahari di Teratak Lan, akhirnya gua berangkat pulang ke rumah.




DAN DENGAN INI, SECARA RASMINYA #JELAJAHRAYAUTARASELATAN TAMAT UNTUK TAHUN INI ! SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI SYAWAL AKAN DATANG. TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT. JOKI JOKI RASMI & AHLI AHLI #CLASSOF2010 

Adios,
Organizer

No comments:

Post a Comment