#GatheringClassOf2010ZonTengah
Hari pertama : Jumaat, 26 Jun 2013, Jam 2030 malam
" Oi kimok, mai lah KL lepak lepak aku bosan doh ", -Oye
Petang tadi gua dapat mention dari Oye di Twitter, bosan katanya cuti lama lama. Dan memandangkan tempoh cuti semester kali ini sama dengan Oye, gua pun mengambil keputusan untuk terus berangkat ke Kuala Lumpur. Hoyeah !
Satu jam perjalanan, akhirnya sampai di checkpoint pertama, teratak gua di Ukay Perdana Condominium. Hehe. 15 minit berlalu, rokok ketiga dicucuh, dan akhirnya #Ball sampai. Satu pelukan erat dari sahabat menjadi titik pertama pertemuan kami.
" Lama sial tak jumpa kau, kurus lancau nya #Ball, stone kuat ke apa ? ", -Gua
*********************2 text messages received***********************
" Oi, jalan jammed gila babi kat MRR2, aku park kereta kat TBS, naik LRT kau ambik aku kat LRT Gombak ", -Oye
" Oi, bas gua malam ni pukul 9, gua sanggup turun dari Perlis ni, kalau lu orang tak turun jugak tak tau lah ", - Volu
Ya, ini amat memeranjatkan kami. Seingat gua, petang tadi Volu hanya bergurau tentang perkara, namun ... semangat persahabatannya yang tak pernah luntur dan bahana duit PTPTN baru masuk, akhirnya #Volu akan tiba di Zon Tengah !
" Kimok bukan kira apa, ikut law dia, cukup je 4 orang #ClassOf2010 turun, dah jadi syarat sah & wajib buat hashtag gathering dah, HAHA ", -Ball
Memang tak dapat dinafikan, gua memang cukup bersemangat hal hal yang melibatkan #ClassOf2010. Bukan apa, kadang kadang bagi sesetengah orang, habis lima tahun sekolah, habislah semuanya. Bagi gua, benda yang orang panggil sahabat ni, satu perkara yang akan sampai bila bila. Haih, cukuplah mengarut.
*******************************************************************
" Sementara nak tunggu #Volu sampai dari Perlis ni apa kita nak buat ? ", -Oye
" Okay, macamni, gua buat hashtag #GatheringClassOf2010ZonTengah kat Twitter, kita tengok sapa yang respon, HAHA ", -Gua
" Woi, #Syamim bukan rumah dia area area sini ka ? " .
***************************2 jam kemudian***************************
NZ Curry House WangsaWalk menjadi medan pertemuan kami. Gua, #Syama, #Oye & #Ball. Sesi sembang, gosip gosip, sapkok berjalan dengan lancar untuk hari pertama ini. Biarlah kami hanya 4 orang sahaja, namun sendiri mau tau lah, bila STARIAN jumpa STARIAN. Haih, pasti macam NZ ini ber-binkan bapa masing masing. Namun, agak menyedihkan, #Syama tidak dapat meneruskan gathering ini untuk hari hari berikutnya. #Syama perlu pulang semula ke USM pada keesokan paginya untuk sesi latihan pasukan ragbinya.
" Sampaikan salam aku pada #ClassOf2010 yang lain ya ", -Syama
*hari pertama tamat, ayuh kita bergerak ke hari seterusnya !
No comments:
Post a Comment