Thursday, 6 June 2013

LAPORAN GATHERING CLASS OF 2010 ZON UTARA

#GatheringClassOf2010Utara

Hari pertama : Ahad, 26 Mei 2013, Jam 0130 pagi

Setelah mengharungi perjalanan yang penuh liku selama 3 jam, ditambah pula dengan hanya seorang diri dari Kuala Lumpur, akhirnya gua berjaya mendarat dengan selamat di Tol Juru. Terasa naluri brotherhood mengalir dengan laju, selesai sahaja urusan pembayaran tol di lorong tunai, gua mendapat panggilan dari @AlaudinTarmizi dan @ShawariShukor yang bertanyakan kedudukan gua beserta kereta gua.

“ Lu tunggu dekat McDonald AutoCity tu, exit pertama lepas Tol Juru, sikit lagi gua sampai ”, -@AlaudinTarmizi

“ Bereh boh ! ”, ah tidak sabar rasanya untuk kembali bersua muka dengan rakan rakan seangkatan yang dulunya sentiasa ada di sisi bersama sama mengemudi #BahteraClassOf2010.
Rokok kedua gua nyalakan, namun kelibat @AlaudinTarmizi belum kelihatan. Gua mengambil keputusan untuk mengemas sedikit KELISA-lution gua, dah macam tongkang pecah gua tengok. Plastik di sana sini, botol botol air bergelimpangan, segala jenis ‘pembasmi mengantuk’ ada di dalam kereta gua. Ah lu gila, bawak kereta sorang sorang, mata rabun, air cond takda, hujan lebat, fuhh memang pakej dugaan Tuhan bagi. Tapi, demi cita cita gua untuk #GatheringClassOf2010Utara ini, gua gagahkan juga ! Segala jenis sampah tadi gua campakkan saja di kaki lima McDonald ini, pada fikirkan gua kalau gua tak buang sampah, cleaner McDonald nak buat kerja apa ? Goyang kaki ? Ah sememangnya dasar #TipikalMelayu.

Mesin empat tayar gua selesai dibersihkan, rokok ketiga hampir dinyalakan namun keinginan gua untuk ber-asap dimatikan dengan kehadiran sebuah kereta yang gua rasa gua kenal pemiliknya.

“ Woi bos, sampai jugak lu kat sini ” , -@AlaudinTarmizi

Gua yang sememangnya penuh dengan ‘sentimental value’ ini membalas dengan satu pelukan mesra yang gua kira sudah menjadi perkara biasa bagi setiap anak anak kapal #ClassOf2010. Enjin kereta dihidupkan, dan gua menuju ke singgahsana @AlaudinTarmizi untuk menghidupkan kembali peluang melelapkan mata yang gua masih belum dapat semenjak dari siang hari lagi. 10 minit perjalanan, akhirnya gua sampai di Casa Prima Condominium.

“ Fuhh, tak nak jatuh gituww duduk kat kondo ! Haha ! ” , -Gua

Tempat tidur dah jumpa, memang lima bintang punya kelas, tapi ada satu yang gua rasa pelik malam ini. Oh ya malam ini malam minggu. Ah, patutlah. Tapi harapan gua untuk ber-malam minggu gua batalkan.

“ Sorry lah #Kimok, gua ada final exam pagi ni, so gua tak boleh layan lu lagi, gua dah korbankan cuti sem gua ni buat intersasi, takkan gua nak failed pulak kan ? Haha ” , -@AlaudinTarmizi

Okay, tak mengapa. Gua ambil keputusan untuk merehatkan badan sahaja, esok masih ada. Gua pantas mencapai laptop, dan dengan adanya pakej Unifi, gua tersenyum lebar. #GatheringClassOf2010Utara bermula !

************************************************************************
Jam di dinding menunjukkan pukul 1.30 tengahari. Ah, tengahari pun masih rasa sejuk, inilah bahananya tidur di rumah yang berkedudukan tinggi dari tempat berpijak.

“ Ku sangkakan panas di tengahari, rupanya sejuk hingga ke petang ” , -Gua
Sedang gua berkira kira untuk menyambung kembali mimpi, sayup sayup terdengar nama gua dipanggil.

“ #Kimok, woi #Kimok ! Bangunlah, ini bukan mimpi lah sial ! ” , - #Bindu

Ah, pukimak betul. Gua ingat gua tengah mimpi, rupanya betul betul. @AlaudinTarmizi masuk ke rumah sambil mengeluh yang dia telah berdiri di luar rumah sejak setengah jam yang lalu. Haha padan muka.

Tengahari ini @AlaudinTarmizi sebagai tuan rumah serve-kan makan tengahari gua, ah terasa seperti King rasanya, rasa terharu mula terbit, ya perkataan ‘people changed’ itu boleh gua gunakan dalam situasi sekarang.

Tidak lama selepas itu, gua terhidu bau anak anak kapal #ClassOf2010 semula. Pintu rumah diketuk, dan seperti yang gua harapkan @AdibAkhbar muncul di sebalik pintu yang dibuka. Yeah ! Dua orang anak kapal telah berjaya gua temui untuk hari pertama ini, selebihnya akan gua gunakan masa gua yang berbaki lagi seminggu di sini.

Menu tengahari ini : Spaghetti berkuah-kan Prego Daging Cincang beserta Meetball Ala ala Secret Recipe Gituwww.

Selesai makan, pinggan periuk di campak di sinki, rokok Dunhill mula dinyalakan. Fuhhh, nikmat kekenyangan mula dirasa. Kenyang perut, hati pun senang. Mata semakin berat gua rasakan, tapi gua gagahkan juga demi #GatheringClassOf2010Utara ini.

“ Cehh, kalau setakat datang jauh jauh nak makan spaghetti baik tak payah, baik lu makan je kat Kl ”, -@AlaudinTarmizi & @AdibAkhbar.

Betul jugak. Jadi, rokok kedua gua hinggapkan ke mulut gua, pemetik api gua capai, kotak fikiran gua mula melayang melayang ke mana seterusnya gua nak bawa #GatheringClassOf2010Utara ini. Perlis ? Kedah ? Atau hanya duduk diam sahaja di Penang ?

***************tett ! tett ! tett ! tett ! 2 message received******************

“ Lu ada mana ? Cibai, pergi Utara tak ajak ! ”, -@IsmaIzzat

“ Lu ada mana dah? Gua nak join, tapi gua dekat Langkawi, Rabu boleh pickup gua kat Pendang ? ”, - @FuadMalek

Yeah ! Akhirnya, kelibat kelibat anak kapal #ClassOf2010 mula terbit satu persatu. Gua, @AlaudinTarmizi dan @AdibAkhbar tersenyum lebar. Satu demi satu ‘plan’ mula menerjah ke kepala kami. Nampaknya tak sia sia gua korbankan seminggu gua di sini untuk #GatheringClassOf2010Utara !

“ Apa apa pun yang penting ..... pergi basuh pinggan dulu #Kimok ! ”, -@AlaudinTarmizi

“ Eh, sial ah. Tuan rumah buat cara tuan rumah, layan ah tetamu elok elok ! ”, -@AdibAkhbar

Akhirnya, #Bindu mengaku kalah, haha. Hilai tawa, sorak gembira seperti dahulu kala terjadi semula. Ah, rindu momen momen manis ini, entah bila akan bersua lagi selepas ini. Oh ya, #Bindu, #Planta #Hik, panggilan panggilan seperti itu dahulu yang menjadikan nilai nilai persahabatan #ClassOf2010 semakin indah. Jika difikir semula, terasa lawak pun ada. Bayangkan, gigi seorang manusia pun disamakan dengan jentera pembuka tayar jenama Bosch. Malah, kalau dibilang betul betul, rantaian nama nama panggilan kami boleh membentuk satu zoo yang serba lengkap hidupannya #GayaHiperbola. Namun, apa yang penting,  saling memerlukan dan saling menghormati sentiasa menjadi teras kepada ikatan persahabatan kami.

**********************************************************************

“ Woi, petang ni jom jalan jalan pulau jom. Miami Beach ada, Shamrock Beach ada, Hardrock Cafe dah tentu ada. Tak kan hang tak tau ? ”, -@AlaudinTarmizi

Ah, sial betul. Ingat gua tak belajar Geografi ke dulu. #KETAM, #LABI semua gua buat tau, itu yang Cikgu Zabidi bangga dengan gua ! Macam biasa, timer dulu lepas tu kita gerak okay.

Timer : Rokok sebatang

Untuk aktiviti petang ini, @AdibAkhbar tak berpeluang untuk turut serta. Final exam membataskan segalanya. Haha, khabarnya nak study, tak mengapalah. Cita cita harus diutamakan dahulu. Jadi gua berdua dengan #Bindu petang ini.

Selesai urusan pembayaran masuk, feri mula bergerak perlahan lahan menuju ke pulau. Kali ini, jentera gua terasa berat nak merentas jambatan, jadi gua gunakan cara ini. Hanya parkingkan kereta, tarik handbreak dan cucuh rokok sambil menghirup bayu laut yang segar.

“ Gila, celah mana bayu nak segar, lu masuk ni dah 3 batang, gua perati je lu dari tadi ”, - #Bindu

Mati akal gua di situ. Ah lantakkan, gua nengok orang lain pun rancak berasap sampai dua tiga batang, padahal dari luar feri dah nampak sign 'NO SMOKING'. Ah dasar #TypicalMalaysian. 

Feri mula bergoncang goncang, bau bau pulau sudah mula menusuk ke dalam rongga hidung. Enjin kereta dihidupkan, dan hari ini gua dan #Bindu akan habiskan masa di sini. 

" Next destination, Miami Beach, Shamrock, Ferringhi, bla bla bla bla " .

*Ini kalau gua cerita seketul seketul berbuih mulut kome nak baca, haha

**************************5 JAM KEMUDIAN****************************

Penat lelah gua berbayar akhirnya, habis satu pulau kami pusing. Dan apa yang menjadi pertanyaan #Bindu, minyak kereta gua tak turun turun dari semalam lagi. Kome bayangkan, RM50 dari Exit Rawang - Tol Juru - Pusing satu pulau - Penang Drift . HAAAA ! Nak tahu apa rahsianya ?

Sesampainya kami semula di Casa Prima, #Bindu pantas mencapai keyboard. Di ruangan search di taip-nya ' UBAT GEGAT JIMAT MINYAK' . Senyuman diiringi gelak ketawa memecah segenap rumah. Ternyata apa yang gua perkatakan tidak bohong, kome tak caya kome google sendiri, nanti kome kata mike mat mitos pulakkk.

Tett tett tett tett. One message received


" Aku dah set dengan budak budak sini, malam ini kita jumpa ", - #Sean

Damn, baju semua dah tanggal, dah siap mandi, selimut dah ready, tinggal nak lelap je, tiba tiba mesej #Sean memadamkan impian untuk berehat. Muka #Bindu berubah serta merta. Kesudahannya dia bakal menjadi mangsa untuk drive kereta. Kome semua tau lah kan gua macamana, Dominic Toretto punya orang. KL-UTARA padahal setakat rabun dan tak berlesen #ehh

" Din, sekarang pukul 10.30 malam, timer satu kali, kita gerak, amacam ? "

Din dengan pasrahnya .............




                                                          .................. to be continued at HARI KEDUA 





No comments:

Post a Comment