Mempunyai sahabat yang memahami kita,
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dirinya. Tetapi kita sering lupa akan hal itu. Kita cuma ambil tahu tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya ?
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan kita, harapan dan impian juga kita luahkan.Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah dan selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita.
Hingga kadang-kadang kita terlupa ...
Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita,
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbang dan rasa takutnya ?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita ?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya ?
Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah !
Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,
Dan boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah ?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
"Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita" .
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat. Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat. Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.
KITA TIDAK TAHU.
Tetapi, jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.
Tapi bagi gua, persahabatan itu tidak pernah menuntut. Maka, kami pun tak kan menuntut semua orang untuk selalu ada di samping kami ketika duka tengah manyapa kami.
" Sama seperti mereka yang membiarkan kami menjauh sejenak dalam sendirian kami, lalu sesuka hati kami kembali bersama mereka dalam hari hari yang akan mendatang. Kerna bagi kami ..."
PERSAHABATAN ITU TIDAK MENUNTUT.

No comments:
Post a Comment