Friday, 21 June 2013

TAZKIRAH JUMAAT : MARAH

" Sabar brader , sabar !! Apasal marah marah tak tentu pasal ni ? Bertenang ! Ketahuilah ! Sesungguhnya sabar itu adalah separuh daripada iman " .

Marah . Satu betuk emosi yang terjadi apabila seseorang itu tidak dapat mengawal perasaan tidak puas hati di dalam hati mereka . Apabila marah , darah panas yang mengalir di dalam tubuh akan mudah diresapi syaitan .

Setiap manusia meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai reaksi berbeza . Semuanya bergantung kepada bagaimana kekuatan akal mengawal minda . Perasaan marah ini pula ada bagus dan tidak bagusnya . Ia adalah satu bentuk ekspresi yang kuat untuk membantah perlakuan yang kita tidak suka . Tapi , perlu cara yang bijak untuk mengawalnya .

Ada yang marah dengan cara merajuk .

Ada yang bila marah , suka duduk bersendirian , tak suka diganggu .

Ada yang menangis kuat kuat bila marah .

Ada yang berleter panjang bila marah .

Ada yang lepaskan marah dengan tumbuk dinding .

Ada yang lepaskan marah dengan tumbuk muka orang .

Ada yang bila kena marah , begitu bijak memendamkan perasaan , tapi melepaskan perasaan itu pada pihak yang tak bersalah .

Ada pulak yang selalu suka marah marah , tapi mampu mengawal perasaaan , sebab dia pun selalu kena marah .

" marah marah sambil nyanyi lagu Hindustan , hebat couple ni " .

Cuba belajar kuatkan minda , belajar mengawal marah dengan senyuman . Membalas kutukan dengan gurauan . Bertoleransi pada kebodohan dengan kebijaksanaan . Menerima hinaan dengan tak payah layan . Tapi , kalau kena tumbuk tak tentu pasal , mana lebih baik ? Sama sama bertumbuk masuk hospital atau sorang pergi saman hingga dapat duit juta jutaan .

********************************************************************

Bila perasaan marah menguasai diri , darah jadi panas , syaitan mudah meresap dalam badan . Bila syaitan sudah mengawal pemikiran , satu satunya jalan yang dia ingin bawa ialah ke arah kemusnahan . Oleh itu perbanyakkan istighfar dan berwuduk  Insyaallah , syaitan akan pergi " . 







Assalamualaikum, Salam Jumaat

Tuesday, 18 June 2013

HAPPY FRIENDSHIP DAY CLASSOF2010

Dalam hidup ini, kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri ... Tetapi, dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana ...

Mempunyai sahabat yang memahami kita,

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dirinya. Tetapi kita sering lupa akan hal itu. Kita cuma ambil tahu tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya.


Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,


Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,

Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya ?

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa, tetapi kita sering lupa ...


Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, 
yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan kita, harapan dan impian juga kita luahkan.Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah dan selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita.


Hingga kadang-kadang kita terlupa ...


Sahabat kita juga ada
 cerita yang ingin dikongsi bersama kita,

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbang dan rasa takutnya ?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan 
kita ?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya ?

Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah !

Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,



Dan boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah ?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

"Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita" . 
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat.
 Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat. Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.



KITA TIDAK TAHU.

Tetapi, jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Tapi bagi gua, persahabatan itu tidak pernah menuntut. Maka, kami pun tak kan menuntut semua orang untuk selalu ada di samping kami ketika duka tengah manyapa kami.

" Sama seperti mereka yang membiarkan kami menjauh sejenak dalam sendirian kami, lalu sesuka hati kami kembali bersama mereka dalam hari hari yang akan mendatang. Kerna bagi kami ..." 






PERSAHABATAN ITU TIDAK MENUNTUT.

Monday, 17 June 2013

NEGARAKU, LAGU SEKOLAH & WAWASAN 2020

BANGUNLAH WAHAI TEMAN TEMANKU 
BERKORBAN SEGENAP TENAGAMU
BERSAMA BERUSAHA MEMAJUKAN BANGSA
SERTA TANAH AIR KITA

BANGUNLAH TUNTUT SEGALA ILMU
TUNJUKKAN KEBAKTIANMU
JANGAN MEMBUANG MASA
DENGANYA SIA SIA
KERNA ILMU PANDUAN HIDUP


Selamat hari Isnin 
Selamat memulakan tugasan masing-masing 
Buka hari kalian dengan "Bismillah" dan senyuman 
Semoga kalian dirahmati Allah sentiasa
InsyaAllah
Bangun tidur ! Assembly dah habis !






Friday, 14 June 2013

TAZKIRAH JUMAAT : KETAM ITU JALANNYA KETEPI

Tiap tiap hari bila baca surat khabar mesti ada beribu ribu kisah salah laku manusia.Bila terjadinya satu kesilapan,pasti ada yang menjadi mangsanya.Tapi yang pelik,masih ada yang rasa bangga melakukan kesilapan.Ah,tak keterlaluan kalau dikatakan bodoh.


Ada yang menjadikan kesilapan dan kebodohan itu sebagai cara hidup,hidup yang bagaimana kita pun kurang pasti.Tuan punya jiwa sendiri yang mengerti.


Ada yang maki hamun marah marah kesilapan orang tapi tak sedar caranya juga salah,ibu ketam selalu marah anaknya,tapi ibunya pun juga senget bagaimana nak lurus anaknya.


Ada yang menyuarakan bantahan atas kesilapan dengan memprotes,tak kurang juga ada yang tak ambil kisah dan langsung tak mahu ambil tahu,pening.


Dunia ini penuh dengan pelbagai ragam manusia.Dijadikan konsep betul dan salah sebagai garis panduan untuk kita menjalani kehidupan.Setiap agama ada hukumnya.Setiap negara ada undang undangnya.Setiap bangsa ada adatnya.Setiap perbuatan ada pahala,ada dosa,ada syurga dan tak lupa neraka.

" Tapi kenapa masih ramai yang suka memilih cara yang salah ? adakah lebih mencabar ? atau boleh memberikan lebih nikmat hidup ini ? "


Bukan nak ceramah panjang lebar,kita semua pun ada buat salah.Tiada yang sempurna,itulah kehidupan.


Persoalannya:


Bagaimana seseorang pemimpin yang salah mahu memimpin rakyat supaya jadi betul?


Bagaimana seorang yang selalu gagal mahu mengajar anak jadi pandai?


Bagaimana ketua yang malas mahu anak anak buahnya sentiasa rajin?


Dan yang paling penting,bagaimana kita mahu mengubah manusia sekeliling kita kalau kita sendiri pun tak betul?



*ketam oh ketam,macam mana lah kau nak ajar anak kau jalan lurus,kau pun senget,baik masak lemak cili api.

Thursday, 13 June 2013

STUPID DAM DAM, YOU BERAK KELUAR KETAM .



















































































































































" Kini yang tinggal hanya kepingan kepingan foto yang menjadi pengantara untuk musim musim seterusnya " .